GAMBAR menunjukkan Ervin (dua dari kiri) bergambar bersama isteri dan anak-anaknya.
--------------------------------------------------------------------------------
LOS ANGELES - Seorang bapa, Ervin Lupoe menembak mati isteri dan lima anaknya yang berumur di bawah sepuluh tahun sebelum membunuh diri di sini kelmarin selepas dipecat sebagai juruteknik di sebuah pusat perubatan.
Menurut satu nota yang difakskan ke sebuah stesen televisyen, lelaki itu dan isterinya merancang pembunuhan tersebut bagi mengelak anak mereka diserahkan kepada pihak lain.
Dalam nota itu, Ervin menyatakan seorang pentadbir pusat perubatan tersebut memberitahu dia sepatutnya tidak diambil bekerja.
Stesen televisyen itu kemudian menghubungi polis selepas menerima faks itu.
Pusat maklumat polis turut menerima panggilan dari seorang lelaki yang berkata: "Saya baru kembali ke rumah dan semua keluarga saya mati ditembak."
Ervin dikatakan berasa cemas kerana kesukaran mencari kerja berikutan krisis ekonomi di Amerika Syarikat.
Menurut Penolong Ketua Koroner, Ed Winter, semua mangsa ditembak di bahagian kepala.
Beliau berkata, pembunuhan itu mungkin berlaku antara petang Isnin dan awal kelmarin berdasarkan maklumat daripada jiran-jiran.
Pusat Perubatan Kaiser Permanente mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan Lupoe dan isterinya pernah bertugas sebagai juruteknik hospital itu. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

No comments:
Post a Comment