Friday, January 30, 2009

Setahun dalam tangki najis


KUALA LUMPUR: “Pembunuhan Fairos disembunyikan hampir setahun kerana penutup tangki najis disimen dipercayai bagi mengelak mana-mana pihak membuka atau bau mayat dihidu.

“Perkara itu hanya terbongkar apabila penyewa baru rumah berkenaan meminta tangki najis itu dibersihkan sebelum mendudukinya,” kata peguam Noraishah Shamsudin dari Noraishah Yasmin & Associates.

Beliau membantu Marthiah @ Saadiah Mat Piah, 63, ibu kepada A Fairos Ahmad Sulaiman, 37; yang dipercayai mati dibunuh suaminya Mohd Lufti Abdullah @ Lambertus Den Dulk di Ranong, Thailand.

Menurutnya, pemilik rumah yang mengesyaki sesuatu turut membuat laporan polis berhubung penemuan rangka terbabit.

“Polis Thailand memaklumkan rakan Fairos mengakui pernah melihat kesan lebam di muka mangsa,” katanya.

Noraishah berkata, pihaknya sudah meminta bantuan polis Thailand serta pegawai Pejabat Konsulat Malaysia di Songkla dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok bagi membantu mengesan anak mangsa, Johan Sebastian, 5.

“Bagaimanapun, masalah mungkin timbul kerana kelahiran Johan di Belanda tidak didaftar atau dimaklumkan ke pihak kedutaan di negara itu, selain pernikahan pasangan itu tidak didaftar di Malaysia.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20090130094207/Article/index_html

1 comment:

Cybertantra globetrotter said...

saya kawan kepada arwah dan sangat berasa terkejut dan sedih.saya juga kenal dengan suaminya yang lebih dikenali dengan nama Panggilan Bird.suaminya pernah bekerja dengan sebuah kapal layar milik pasangan dari holland yang menetap di langkawi.jika sesiap ingin tahu mengenai Bird,saya rasa pansangan berkenaan lebih mengenalinya.pasangan ini selalu mengunjungi bar restoran AOSIS di pantai Cenang.harap ini dapat membantu sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut.semua teman2 arwah Fairos merasa sedih dah terkejut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...