LITTLEHAMTON - Seorang gadis berumur 20 tahun, Lucy Yates (gambar) menganggap satu keajaiban berlaku kerana dia masih hidup walaupun ditikam sebanyak 27 kali di sebuah pasar raya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis Britain itu ditikam oleh seorang pesakit mental, Samuel Reid-Wentworth pada 16 Sepetember tahun lalu.
Kelmarin, Reid-Wentworth mengaku bersalah kerana cuba membunuhnya manakala satu perbicaraan akan diadakan pada bulan depan.
"Saya menderita dan terdapat banyak darah di muka saya," katanya buat pertama kali selepas kejadian itu berlaku.
Pernafasannya pernah terhenti sebanyak tiga kali ketika anggota-anggota paramedik merawatnya dalam ambulans yang sedang menuju ke sebuah hospital.
"Saya menganggap saya sudah meninggal dunia. Hasrat terakhir saya adalah untuk melihat kekasih saya," katanya.
Ketika kejadian, dia pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan apabila diekori oleh Reid-Wentworth sebelum dia ditikam di bahagian tubuh belakangnya. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

No comments:
Post a Comment