Friday, January 30, 2009

Ratusan ribu sertai mogok


SEBAHAGIAN pekerja menyertai tunjuk perasaan di pelabuhan Marseille, selatan Perancis semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


PARIS - Ratusan ribu pekerja menyertai mogok di seluruh Perancis semalam bagi meminta Presiden Nicolas Sarkozy dan pemimpin perniagaan melakukan usaha untuk melindungi pekerjaan dan gaji berikutan krisis ekonomi.

Mogok itu menyasarkan untuk mengetengahkan kebimbangan berhubung masalah pengangguran dan perasaan tidak puas hati terhadap Sarkozy yang enggan membantu pengguna.

Pekerja-pekerja itu turut melemparkan kemarahan terhadap ahli perbankan yang dipersalahkan kerana kemelesetan ekonomi.

Ia merupakan protes berkaitan kemelesetan ekonomi yang pertama kali dilakukan di sebuah negara maju.

Bagaimanapun, mogok itu tidak melumpuhkan aktiviti ekonomi seperti yang pernah berlaku di Perancis pada masa lalu.

Dalam suasana yang jarang berlaku di negara itu, lapan kesatuan sekerja membuat tuntutan kepada kerajaan dan syarikat.

Menurut kesatuan sekerja itu, kerajaan dan syarikat-syarikat dituduh cuba menggunakan krisis kewangan sebagai alasan untuk memberhentikan pekerja dan bagi mengurangkan kos pengeluaran.

"Kami perlu menyuarakan perasaan kemarahan," kata seorang pemimpin kesatuan sekerja yang berfahaman sederhana," Francois Chereque.

- Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0130&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...