Friday, January 30, 2009
Perokok berang fatwa haram merokok
JAKARTA - Perokok-perokok dan pihak pengurusan industri tembakau di Indonesia membidas langkah majlis ulama negara itu yang mengharamkan merokok.
Bagaimanapun, aktivis kesihatan menyambut baik pengharaman tersebut tetapi menyatakan kerajaan perlu melakukan lebih banyak usaha bagi menghentikan amalan merokok.
Majlis Ulama Indonesia sebelum ini mengeluarkan fatwa bahawa merokok di tempat awam adalah haram. Wanita serta kanak-kanak yang merokok turut dikategorikan haram.
"Saya berasa marah berhubung fatwa itu kerana bapa dan datuk saya adalah perokok dan fatwa baru itu menyebabkan mereka kini berdosa," kata seorang penduduk, Abdul Hardiyanto.
Merokok merupakan amalan meluas di Indonesia.
Harga rokok di negara itu adalah antara termurah di dunia di mana ia dijual kira-kira AS$1 (RM3.58) satu kotak.
"Saya akan terus menghisap rokok kerana agama perlu menjauhi isu itu," kata Adhitya Wisena.
Fatwa itu turut dibidas oleh syarikat tembakau di negara itu kerana pengharaman dijangka menyebabkan permintaan rokok bakal berkurangan. - Reuters
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
No comments:
Post a Comment