Friday, January 30, 2009

Kediaman mahal Britain terima kesan krisis


KAWASAN Sandbanks di Dorset, England ini menerima kesan krisis kewangan global.

--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Kawasan kediaman jutawan yang dianggap sebagai tempat paling mahal di dunia di Sandbanks, Britain menerima kesan akibat krisis kewangan global, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebanyak dua jutawan mengalami kerugian di mana salah seorangnya mengalami 'kehilangan' £35 juta (RM179.51 juta) akibat krisis kewangan global.

Ejen-ejen hartanah kini bergelut untuk menjual mana-mana kediaman mewah di kawasan itu.

Beberapa buah restoran turut dikosongkan manakala sebuah hotel terpaksa menutup perniagaan dan sejumlah rumah ditarik institusi kewangan.

Beberapa buah kenderaan mewah seperti Ferrari dan Bentley turut tidak lagi kelihatan di kawasan itu.

Lebih 30 peratus kapal layar dan bot laju di darmaga kawasan itu kini untuk dijual.

Sandbanks dianggap sebagai lokasi keempat termahal di dunia.

Seorang taikun bar dan hartanah, Richard Carr yang pernah tinggal di kawasan itu kini hanya menyewa sebuah flat di hadapan sebuah kafe.

"Saya kehilangan banyak benda, kekayaan peribadi dan gaya hidup mewah.

"Saya merupakan mangsa krisis kewangan,"
katanya.

Menurutnya, pada satu ketika, dia memiliki kekayaan sebanyak £35 juta.

"Kini, saya hanya mempunyai £100 (RM512) dalam poket saya.

"Dan semua ahli perniagaan di kawasan itu akan menghadapi masalah seperti saya,"
katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...