Friday, June 19, 2009

Dapur Air France ditemui




SEORANG penyelam dari pasukan penyelamat Brazil memeriksa dapur pesawat Air France yang ditemui di Lautan Atlantik kelmarin.RIO DE JANEIRO - Terapung di tengah-tengah Lautan Atlantik ialah sebuah dapur kapal terbang milik pesawat Air France penerbangan 447 yang terhempas pada 1 Jun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Penemuan dapur oleh krew penyelamat itu dianggap luar biasa kerana terdapat banyak spekulasi berhubung punca pesawat tersebut terhempas seperti ia patah di ruang angkasa.

Sebahagian laci dapur yang ditemui itu mengandungi satu menu pilihan makanan untuk penumpang yang masih berada dalam keadaan baik.

Menurut pakar-pakar, bedah siasat mangsa nahas itu dan serpihan daripada pesawat menunjukkan kapal terbang tersebut patah di ruang angkasa.

Kaki, pinggung dan lengan mangsa nahas itu yang patah dan ditemui di Lautan Atlantik menunjukkan badan pesawat Airbus itu putus di ruang angkasa.

Setakat ini, Tentera Laut Brazil sudah menemui 50 mayat daripada 228 orang yang mati ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro.

Para penyiasat turut mengumpulkan lebih 400 serpihan di lautan itu termasuk satu serpihan besar yang masih tidak rosak.

Sebuah akhbar Brazil melaporkan sebahagian mangsa yang ditemui tidak langsung berpakaian dan sejumlah lagi mempunyai cebisan kecil pakaian pada tubuh.

Namun, pakaian itu menunjukkan tidak berlakunya kebakaran.

"Dalam kejadian badan pesawat putus di angkasa, pakaian akan menjadi koyak rabak," kata seorang bekas penyiasat nahas, Jack Casey.

Anggota-anggota pihak berkuasa Perancis mengetuai siasatan nahas itu manakala pihak berkuasa Brazil mengetuai operasi menyelamat.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...