Friday, June 19, 2009

Pembela haiwan kritik Obama


OBAMA membersihkan tangannya selepas lalat yang mengganggunya mati (gambar kecil).





WASHINGTON - Pertubuhan pencinta haiwan mengkritik tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membunuh seekor lalat yang mengganggunya ketika beliau sedang diwawancara pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah pertubuhan pencinta haiwan iaitu Layanan Beretika Untuk Haiwan (PETA) mahu Obama memberi layanan terhadap lalat itu dengan cara yang lebih berhemah.

Pertubuhan itu menghantar peralatan menangkap serangga kepada Obama sebagai usaha untuk menyelamatkan haiwan lain daripada mati di tangan manusia.

Pada Selasa lalu, seekor lalat mengganggu wawancara Obama dengan seorang koresponden stesen televisyen CNBC, John Harwood di White House.

"Keluar dari sini," kata Obama yang merujuk ke arah lalat itu.

Obama kemudian meletakkan kedua-dua tangan ke arah lalat itu dan menepuknya menyebabkan serangga tersebut mati selepas ia enggan mengikut kata presiden tersebut. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...