Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, wanita berusia 71 tahun itu secara tiba-tiba didatangi seorang lelaki ketika berjalan kaki menuju ke tempat menunggu bas untuk pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di Senawang.
Lelaki berpura-pura baik itu menyapa mangsa sebelum bertanyakan destinasi ingin dituju wanita warga emas itu.
Dengan murah hati, lelaki terbabit menawarkan untuk menghantar mangsa ke tempat menunggu bas dengan motosikalnya.
Wanita yang menyangka lelaki terbabit betul-betul ikhlas bersetuju menerima pelawaan untuk dihantar ke tempat menunggu bas yang terletak beberapa ratus meter dari situ.
Mangsa bagaimanapun dibawa ‘makan angin’ oleh suspek sejauh kira-kira lima kilometer di sekitar Jalan Labu, di sini, sebelum beg duit dan rantai tangan emas dipakainya disamun lelaki terbabit.
Apa yang dikesalkan adalah wanita warga emas itu dibiarkan pergi ke hospital tanpa ditemani anak, cucu atau saudara-mara terdekat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Mohd Zaki Masrof, berkata wanita berkenaan bagaimanapun ditemui orang awam di tepi jalan sebelum dibawa membuat laporan polis.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa pergi ke HTJS seorang diri untuk mendapatkan rawatan kerana sakit kaki.
“Dia kemudian dihampiri seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang menawarkan bantuan untuk dihantar ke tempat menunggu bas tidak jauh dari situ,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.
Beliau berkata, suspek sebaliknya membawa mangsa menaiki motosikal menuju ke Jalan Labu sebelum wang tunai dan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM1,000 disamun.
Menurutnya, wanita itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan polis masih berusaha mengesan suspek yang terbabit dengan kejadian itu.
“Polis menasihatkan orang ramai terutama warga emas supaya lebih berhati-hati bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.
“Warga emas sepatutnya ditemani anak atau saudara-mara terdekat ketika keluar berurusan kerana golongan ini terdedah kepada pelbagai bahaya termasuk menjadi mangsa penjenayah yang sentiasa menunggu peluang melakukan kegiatan itu,” katanya.
Mohd Zaki berkata, polis akan sentiasa melakukan operasi dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan jenayah terutamanya samun di tepi jalan bagi mengelak ia daripada terus berleluasa.
Katanya, berikutan itu, polis memerlukan kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat bagi membanteras perbuatan itu dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di talian 06-7619999 atau balai polis berhampiran.

No comments:
Post a Comment