Friday, June 19, 2009

Harap anak selamat dibedah


ROSLINA menyuapkan Azizi makanan di rumahnya di Kampung Berangan Sembilan, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.


BUKIT MERTAJAM - "Tiada apa lagi yang saya pinta kecuali mahu melihat dia (Azizi) kembali normal, boleh berjalan dan bercakap semula."

Itulah harapan Roslina Che Ros, 39, ibu kepada Mohamad Azizi Khalid, 17, yang tiada sebahagian tempurung kepala kerana terpaksa dibuang setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 3 Mac lalu.

Roslina yang ditemui di rumahnya di Kampung Berangan Sembilan, Bukit Teh di sini semalam berkata, walaupun pembedahan memasang semula tempurung kepala anaknya dijadualkan pada 6 Julai ini di Hospital Pulau Pinang (HPP), dia tidak mahu menaruh harapan yang terlalu tinggi.

"Memang doktor pun ada cakap, walaupun selepas menjalani pembedahan memasang semula tempurung kepala, harapan untuk Azizi kembali normal adalah tipis tetapi sebagai ibu, saya masih berharap dia dapat menjalani kehidupan sebaik yang mungkin sekurang-kurangnya dapat berjalan dan bercakap semula," katanya.

Azizi sewaktu kemalangan merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubok di sini dan ekoran kemalangan itu, tempurung kepalanya terpaksa dibuang ekoran pendarahan otak dan bengkak yang serius.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...