KOTA TINGGI - Sanggup merentasi laut dengan perahu layar rekaan sendiri demi mencari rezeki di negara ini.
Demikian tindakan berani dua sahabat warga Indonesia, Raja Shah Riau, 24, dan Baharul Rozi, 18, yang menggadai nyawa merentasi Perairan Pengerang di sini bagi tujuan menjejak kaki ke negara ini.
Bagaimanapun, tindakan dua sahabat yang bekerja sebagai nelayan di Batam, Indonesia itu sia-sia apabila mereka ditahan sebaik mendarat di Tanjung Stapa dekat sini pukul 10 pagi semalam.
Raja Shah dari Tanjung Balai, Karimum, Indonesia berkata, dia sudah bosan dengan kehidupan sebagai nelayan sejak setahun lalu kerana pendapatan tidak seberapa.
"Daripada cerita rakan-rakan, Malaysia satu tempat mudah cari wang jadi selepas berbincang dengan Baharul kami nekad belayar ke negara ini dengan perahu layar yang sebelum ini diguna untuk menangkap ikan," cerita Raja Shah ketika ditemui di Balai Polis Pengerang di sini semalam.
Menurut pemuda itu, perahu sepanjang tiga meter panjang dan lebar tidak sampai satu meter itu dibuat sendiri selama empat bulan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
No comments:
Post a Comment