Pengamal perubatan Islam Darul Syifa Bangi, Jufri Shamsuddin, berkata pemakaian tangkal yang masih kerap ditemui dalam masyarakat Islam termasuk dalam perbuatan syirik kerana seseorang yang memakai tangkal sudah tentu hatinya yakin dan percaya terhadap kekuatan tangkal itu.
Menurutnya, tangkal tidak langsung memberi manfaat kepada si pemakai malahan boleh menjauhkan mereka daripada apa yang dihajati.
“Apa yang berlaku ialah mereka bersahabat dengan syaitan dan syaitan ini akan mengajar manusia untuk melakukan sihir. Bukan soal tangkal patung atau keris malah apa saja benda yang dipuja dengan mantera selain ayat suci al-Quran akan dihampiri syaitan,” katanya.
No comments:
Post a Comment