Friday, June 19, 2009

Kanak-kanak Malaysia dirawat di Makkah

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki dari negara ini dikesan dijangkiti Influenza A (H1N1) sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi.

Menurut laporan portal akhbar Arab News semalam, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu tiba dengan Penerbangan Malaysia (MAS) menjadikan kes H1N1 di negara berkenaan meningkat kepada 22 orang.

Akhbar itu turut melaporkan kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di sebuah hospital di Mekah untuk mendapatkan rawatan.

Selain kanak-kanak itu, akhbar sama melaporkan empat lagi kes membabitkan dua jururawat warga Filipina yang dijangkiti selepas merawat pesakit H1N1 di Bandar Perubatan Raja Abdul Aziz, Riyadh dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun selepas mempunyai kontak dengan seorang pesakit di Hospital Saudi Aramco di Dhahran.

Kes keempat pula membabitkan seorang lagi jururawat Filipina yang tiba pada 13 Jun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaled, Riyadh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...