Friday, June 19, 2009

Pelacur AS$1j bersalah





GENEVA - Kumpulan 12 juri kelmarin mendapati pelacur kelas atasan didapati bersalah kerana membunuh kekasihnya yang merupakan seorang jutawan Perancis.

Pelacur itu, Cecile Brossard(gambar) dalam perbicaraan mengaku membunuh kekasihnya iaitu Edouard Stern dengan menembaknya di bahagian kepala dan dada dalam satu permainan seks ganas dan kejam.

Dalam kejadian yang berlaku pada Mac 2005 di sebuah apartmen mewah di Geneva itu, Stern, 50, memakai sut getah manakala kaki dan tangannya diikat pada sebuah kerusi, kata pendakwa raya, Daniel Zappelli.

Brossard berhadapan hukuman penjara selama 20 tahun.

Ketika memberi keterangan, dia mengaku menyintai Stern dan beranggapan ahli perbankan itu akan membantunya menjadi seorang wanita yang berdikari dari segi kewangan dan mengahwininya.

Namun, wanita itu berang selepas pada malam pembunuhan itu, Stern menyatakan dia ialah pelacur bernilai AS$1 juta (RM3.5 juta).

Brossard menafikan dia membunuh Stern kerana mahukan wang sebanyak AS$1 juta yang disimpan dalam akaun khas.

Menurutnya, wang itu adalah bukti cinta Stern kepadanya. Namun, kata Brossard, cintanya berkecai selepas Stern menyekat akaun AS$1 juta itu.

Wanita itu kemudian mengetahui Stern tidak akan berkahwin dengannya.

Menurut Brossard dalam keterangannya, dia berasa dipergunakan oleh Stern berikutan perbuatan Stern itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...