Kebanyakan mangsa pada awalnya membuat laporan polis sejurus selepas kejadian itu, namun menarik balik laporan tidak lama kemudian selepas suaminya bakal dikenakan tindakan.
Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Deputi Superintendan Shamsiah Yusoff, berkata ada mangsa datang membuat laporan polis dengan keadaan diri yang tidak terurus dengan kesan luka dan lebam di badan.
“Bagaimanapun, selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan dan ingin menangkap si suami, mangsa bagaimanapun meminta supaya suaminya tidak dihadapkan ke muka pengadilan.
“Saya kecewa dengan sikap kaum wanita yang didera hingga mengalami kecederaan serius, namun masih membela dan melindungi suami daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya pada Seminar Menangani Keganasan Terhadap Wanita di Bandar Baru Nilai, di sini, semalam.
Menurutnya, kebanyakan isteri yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga mudah simpati dan cepat menerima perubahan suami yang dikatakan sudah berubah selepas wanita itu membuat laporan polis.
No comments:
Post a Comment