Friday, June 19, 2009

Serah seluar dalam jika mahu terbang


KOLEKSI seluar dalam anggota tentera wanita yang dihadiahkan kepada juruterbang lelaki Tentera Udara Diraja Britain.



LONDON - Juruterbang-juruterbang lelaki pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) mendapat hadiah seluar dalam dan coli yang diberikan oleh anggota tentera wanita yang mahu menaiki pesawat mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Seluar dalam dan coli itu bolehlah dianggap sebagai tambang yang dibayar kepada juruterbang tersebut kerana membawa mereka menaiki jet dan pesawat pejuang.

Tradisi itu sudah bermula oleh RAF di Lapangan Terbang Mount Pleasant di Kepulauan Falklands, Argentina.

Namun, juruterbang helikopter dan pesawat penyelamat mengubah tradisi seluar dalam dengan meminta coli anggota tentera wanita yang mahu terbang bersiar-siar bersama mereka.

Seorang pegawai wanita RAF berkata: "Jika anda mahu terbang dengan banyak pesawat yang berlainan di Kepulauan Falklands, anda tidak akan mempunyai seluar dalam."

Menurut seorang lagi pegawai wanita, mana-mana wanita yang mahu menaiki jet, mereka perlu menawarkan seluar dalam mereka kepada juruterbang.

Sumber RAF mengesahkan kewujudan tradisi itu.

Menurut seorang pegawai kanan: "Semua penerbangan diluluskan. Tidak ada persoalan penggunaan jet secara haram.

"Penumpang tidak dipaksa menyerahkan seluar dalam sebagai tambang tetapi jika mereka mahu membuat sumbangan, terpulanglah kepada mereka." - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...