Jan 13, 11
11:47am
Ketua Biro Penerangannya, Datuk Reezal Merican dan setiausaha pergerakan itu, Megat Firdouz Megat Junid tiba pada jam 10.35 pagi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dengan beberapa ahli untuk menyerahkan surat berkenaan.
Mereka keluar dari pejabat itu, lima minit kemudian dan memaklumkan bahawa surat tersebut telah diterima oleh kakitangan pejabat Anwar.
Megat Firdouz berkata beliau berharap Anwar akan menyahut cabaran berdebat yang dikemukakan oleh Khairy secepat mungkin.
Sementara itu, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan berkata beliau sanggup berdebat dengan Khairi atas kapasiti selaku sayap pemuda.
"Sangat mendukacitakan apabila Datuk Seri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar 'membuang masa' beliau.
“Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya.
'Khairi belum sampai standard Anwar'
Shamsul juga berkata amat mengejutkan apabila sebaliknya ketua pemuda Umno, pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Anwar.
“Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh AMK (Pemuda PKR) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.
"Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Datuk Seri Anwar," kata Shamsul.
Justeru atas kapasiti sebagai ketua pemuda PKR, Shamsul secara rasmi menawarkan platform debat pemuda satu lawan satu di antaranya dan Khairy, yang dianggap lebih cocok dan sesuai.
“Surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau, dan saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini," katanya.
Cabar mencabar
Sementara itu, ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan juga menawarkan diri kepada Khairy yang disifatkannya sebagai 'beria-ia' berdebat, menerima pelawaan forum Pemuda PAS.
Dalam satu kenyataan, katanya, ketua pemuda Umno tersebut perlu melupakan sahaja hasrat berdebat dengan Anwar, yang disifatkannya tidak sepadan.
"Maka saya berharap YB Khairy Jamaludin yang kini beria-ia benar mahu mendebatkan janji 100 Hari kerajaan Pakatan Rakyat sanggup menjadi panel forum tersebut.
"Adapun Anwar Ibrahim, biarlah ia berdepan dengan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Semalam, ketua penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat mengemukakan cabaran sama kepada Khairy dan dimaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.
Forum tersebut akan diadakan pada 18 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), bermula jam 9.30 hingga 12 malam dan terbuka kepada semua.
"Insyaallah, kami akan menghantar surat rasmi kepada beliau hari ini.
"Pihak kami sangat memerlukan pandangan dari pihak Umno dan BN terhadap Janji 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat apabila menerima mandat sebagai kerajaan kelak," ujar Nasrudin.
Tegasnya, forum tersebut bertujuan mencari kebenaran bukan mencari publisiti murahan, jauh sekali untuk bertegang urat.
Ia juga sebagai medium untuk mengemukakan hujjah dan idea yang bernas serta ruang kritikan atau pandangan kedua terhadap Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.
Pemuda PAS membuat pelawaan tersebut selepas Khairy dilaporkan sedia menggantikan Najib menyahut debat yang dilontar Anwar kepada Perdana Menteri.
Empat orang panel dijemput, masing-masing dua mewakili Pakatan Rakyat dan dua lagi mewakili BN.
Pakatan Rakyat akan diwakili AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua manakala panel dari parti Gerakan dan Umno mewakil BN.
"Sehingga kini pihak Dewan Pemuda PAS belum mendapat kesanggupan dari pihak Umno dan BN," katanya.
http://malaysiakini.com/news/153277
No comments:
Post a Comment