Thursday, January 13, 2011

Khir Toyo serah balik gelaran Dato' Seri

Khir Toyo serah balik gelaran Dato' Seri
Jan 12, 11 6:20pm

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo telah memulangkan sementara darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Dato' Seri.

Katanya, beliau telah telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS).

NONE"Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa," tulis Dr Mohd Khir dalam blognya hari ini.

'Pemulangan semula pingat ini bagi mengelak darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung," tambahnya.

"Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut," kata Dr Mohd Khir yang turut melepaskan jawatan ketua pembangkang DUN Selangor baru-baru ini.

"Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir bin Toyo sahaja," tulisnya.

khir toyo mansion 060709 06Dr Mohd Khir didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbicaraan kes rasuah terhadap menteri besar Selangor itu akan didengar pada 6 hingga 24 Jun ini.

http://malaysiakini.com/news/153234

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...