Thursday, January 13, 2011

Dr M: Budaya cantas penghalang BN tawan Kedah

Jan 12, 11 5:31pm

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan pada kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.

NONEBeliau berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri tersebut.

"Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan jubli perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu, di Jitra hari ini.

Bekas Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang BN merampas semula Kedah selepas rombakan badan perhubungan Umno negeri yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai pengerusi dan anaknya Datuk Mukhriz menjadi timbalan pengerusi.

azlanMengulas pelantikan Mukriz, Dr Mahathir berkata beliau tidak campur tangan dalam karier politik anaknya itu.

"Waktu jadi perdana menteri dulu pun saya larang anak saya terlibat politik takut orang kata dia anak perdana menteri, dan sekarang ni bapa dia dah tak jadi perdana menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan," katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/153222

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...