Thursday, January 13, 2011

Ummi Hafilda mahu heret Anwar ke mahkamah

Ummi Hafilda mahu heret Anwar ke mahkamah
Salhan K Ahmad
Jan 13, 11
4:53pm

Seorang saksi utama dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10 tahun lalu, kini muncul kembali dengan niat untuk mengheret ketua umum PKR itu ke mahkamah sekali lagi.


NONEUmmi Hafilda Ali hari ini berkata beliau akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu.

Selain Anwar, tindakan saman berjumlah berjumlah RM300 juta itu, juga akan mengaitkan abangnya Azmin Ali yang kini adalah timbalan presiden PKR.

Bercakap dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini, Umi Hafilda berkata beliau bagaimanapun masih belum menetapkan sama ada langkah itu merupakan tindakan saman fitnah.

NONENamun, beliau berkata ia mungkin berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar yang kini adalah ketua umum PKR.

Tambahnya, peguam beliau masih meneliti peruntukan yang boleh digunakan.


Tindakan saman itu, katanya, akan dilakukan "secepat mungkin."

Selain itu, beliau juga akan mengemukakan saman terhadap parti PAS, pengerusi DAP, Karpal Singh dan isteri Anwar, - Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

NONETurut hadir dalam sidang medianya hari ini ialah penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz (kanan).

"Saya rasa penyalahgunaan kuasa telah berlaku melampaui batas pada 1997," katanya.

Tambahnya, beliau ditahan pada 17 Ogos pada tahun berkenaan, dua hari selepas beliau menulis sepucuk surat.

Ummi mendakwa, ia semata-mata untuk menutup konspirasi untuk menangkapnya.

Menurutnya lagi, sudah sampai masanya beliau menuntut haknya.

Katanya lagi, beliau juga tampil mengemukakan saman kali ini bagi membolehkan masyarakat mengetahui "cerita sebenar".

"Sebab itulah saya rasa terpanggil untuk muncul semula mengadakan sidang akhbar hari ini untuk meneruskan saman saya sebanyak RM700 juta terhadap lima individu dan satu parti," katanya.

Katanya lagi, beliau juga akan menyaman Karpal sebanyak RM200 juta.

PAS pula akan disaman RM100 juta kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi yang menjejaskan maruahnya.

NONEUmmi mendakwa, PAS telah menghantar beberapa orang wakil untuk menemuinya berhubung satu kes.

Dakwanya lagi, PAS dan Karpal mengenakan tekanan tinggi kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membongkar kes tersebut.

Bagaimanapun, Ummi mendakwa, bila kes ini terbongkar, beliau hairan mengapa PAS dan Karpal menggunakan kes tersebut untuk menghentamnya.

Tambahnya, konspirasi yang didakwa itu juga melibatkan maruah dan harga dirinya tercemar serta turut menjejaskan perniagaan yang diusahakannya.

http://malaysiakini.com/news/153328

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...