Thursday, January 13, 2011

Interlok tiada unsur rasis: Anwar

Interlok tiada unsur rasis: Anwar
Jan 11, 11 3:33pm

Novel Interlok tidak mempunyai unsur rasis seperti yang disuarakan oleh pihak tertentu, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE"Saya sudah membaca 'Interlok' lama dahulu, tidak terkesan sebarang kandungan bersifat rasis. Ia bukan novel yang istimewa, tetapi baik dalam pengamatan saya. Sekurang-kurangnya Kementerian Pelajaran sepatutnya mengadakan diskusi dengan semua pihak terlibat bagi mendengar pandangan mereka," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Anwar, perbezaan pendapat mengenai karya sastera adalah perkara biasa kerana itu mengikut pengamatan dan pandangan masing-masing.

"Sebagai contoh, ada yang mengatakan penulisan penyajak yang saya gemari dulu, TS Eliot sebagai bersifat anti-Semetik, tetapi saya tidak berpandangan sedemikian," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencadangkan satu perbincangan dilakukan antara mereka yang mempertikaikan mengenai novel itu dan Kementerian Pelajaran.

NONEBeliau diminta mengulas desakan golongan tertentu yang mahukan novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, diharamkan daripada dijadikan antara novel untuk komponen sastera Bahasa Malaysia di Tingkatan Lima bermula tahun ini kononnya ia mempunyai unsur yang menghina kaum India di negara ini.

MIC dan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) India mahu buku teks itu ditarik balik atau dipinda kerana dianggap menghina masyarakat beragama Hindu.

Kumpulan-kumpulan sasaterwan pula mempertahankan buku itu sebagai sebuah karya yang tidak sama sekali rasis dan kebebasan penulisnya harus dilindungi.

NONESemalam, 20 wakil Pena dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Majlis kebudayaan Negeri Selangor, Majlis Permuafakatan PIBG Nasional dan Persatuan Ikatan Melayu Nusantara membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Mereka mahu polis menyiasat tindakan sekumpulan orang membakar novel Interlok sebagai tanda marah ke atas rujukan penulis kepada penduduk India dari kasta yang paling rendah.

Insiden pembakaran buku itu berlaku di Klang Ahad lalu.

http://malaysiakini.com/news/153089

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...