Thursday, January 13, 2011

'Jangan jadikan kampung Melayu produk pelancongan'

'Jangan jadikan kampung Melayu produk pelancongan'
Jan 11, 11 5:52pm

Mengulas cadangan mengenai pembangunan Kampung Baru, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak begitu senang jika orang Melayu dan kampung mereka menjadi produk pelancongan.

"Kita telah hentikan membawa pelancong melihat cara hidup Orang Asli kerana kita hormati mereka sebagai manusia dan bukan pameran muzium," tulis beliau dalam blognya hari ini.


NONEBeliau mengulas komen dalam blognya mengenai isu Kampung Antara cadangannya ialah kerajaan membangunkan Kampung Melayu moden dengan rumah kayu Melayu serta dilengkapkan dengan parit dan pokok-pokok.

Dengan itu, cadangan tersebut menyebut, ia boleh dijadikan satu
produk pelancongan untuk menunjuk budaya dan cara hidup orang Melayu dahulu kala.


"Apa pun janganlah kita pamerkan kedaifan orang Melayu dengan rumah robek mereka yang terdapat sekarang di tengah-tengah ibu kota moden kita," tambah Dr Mahathir.

Beliau juga tidak setuju sama sekali cadangan kerajaan untuk memberi subsidi sebanyak 99.9 peratus.

"Mentaliti subsidi keterlaluan akan menjadikan orang Melayu amat lemah.

"Di Singapura kampung-kampung Melayu sudah pun dimusnahkan dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa supaya mereka hidup tidak lagi dikelilingi oleh kaum dan suku-sakat mereka," katanya.

Menurut Dr Mahathir, dasar Singapura ialah untuk mengintegrasi semua kaum.

"Hakikat yang nyata ialah segala bukti usul-asal Singapura sebagai tanah milik Melayu hilang sama sekali.

azlan"Hari ini kerajaan Malaysia dianggotai oleh majoriti orang Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu. Janganlah kita yakin tidak akan wujud kerajaan di mana suara wakil Melayu tenggelam hapus.

"Tanda-tanda ini boleh berlaku sudah pun ternampak.

"Jika pada masa itu pembaharuan Kampung Baru Kuala Lumpur dirancang, mungkin apa yang terjadi pada kampung Melayu di
Singapura akan terjadi kepada Kampung Baru Kuala Lumpur,"
tegasnya.

http://malaysiakini.com/news/153110

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...