Thursday, January 13, 2011

PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin

PAS S'gor makin mesra dengan Khusrin
Hazlan Zakaria
Jan 12, 11
3:30pm

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohammed Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila Mohammed Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

NONETambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohammed Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.

Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.

Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya.

Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.

Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.

"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.

Pujuk Shuhaimi mohon maaf

Dalam pada itu, Hasan juga berkata beliau akan menasihati ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei supaya memohon maaf daripada Sultan Selangor berhubung kenyataan yang dikeluarkan wakil rakyat muda itu.

Shuhaimi disiasat polis hari ini dipercayai berhubung satu kenyataan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

Hasan juga berkata beliau yakin Shuhaimi akan berbuat demikian.


[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/153196

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...