KAHERAH: Kakitangan perubatan di hospital terbesar di Kaherah semalam memulaukan tugas sebagai menyokong beratus-ratus ribu rakyat Mesir menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak mengakhiri pemerintahannya selama 30 tahun.
Kira-kira 3,000 kakitangan Hospital Qasr al-Aini keluar dari bangunan hospital dan menuju ke bangunan Parlimen untuk menyertai beratus-ratus ribu penunjuk perasaan yang mengepung bangunan itu, lapor media. Sambil melaungkan nyanyian revolusi ‘Rakyat mahu regim Hosni berakhir’ kakitangan hospital turut disertai pegawai perubatan dari seluruh negara. Pelajar perubatan Universiti Zagazig di Delta Nil, Abdallah Kader menuju ke Kaherah semalam untuk menyertai penunjuk perasaan.
“Saya mahu menyertai rakan perubatan lain di Kaherah yang menjadi pusat revolusi ini. Kami mahukan hak kami, kami mahu mereka yang bertanggungjawab mencuri, rasuah dan jenayah dibicarakan,” ujarnya. Penduduk Qasr al-Aini, Soha Mohammed pula berkata, penunjuk perasaan menuntut perubahan politik di negara itu. - AFP
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3_000kakitanganhospitalpulautugas/Article/index_html
No comments:
Post a Comment