Saturday, February 12, 2011

Saya memang jumpa pembangkang, dakwa Dr M

Saya memang jumpa pembangkang, dakwa Dr M
Aidila Razak
Feb 12, 11
2:15pm

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa beliau ada berjumpa dengan pemimpin pembangkang sebelum Operasi Lalang pada 1987 dilaksanakan.

operasi lalang ops lalang“Mereka menipu. Saya tidak ada sebab membuat kenyataan itu kecuali ia benar-benar berlaku.

“Tetapi saya tidak menjangkakan pemimpin pembangkang akan berterima kasih ke atas apa yang dilakukan oleh kerajaan khususnya yang dilakukan oleh saya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pembangkang, termasuk orang kuat DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh menafikan perjumpaan seumpama itu ada berlaku.

conversations with mahathir tom plateMahathir pada wawancaranya dengan wartawan Amerika, Tom Plate dilaporkan berkata beliau sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap tetapi pihak polis melakukan sebaliknya.

Dalam buku berjudul Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri yang meneraju Malaysia selama 22 tahun itu mempersalahkan pihak polis dan mendakwa akibat tangkapan itu, kredibilitinya hilang.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemipin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA.

ops lalang 261005 star front pageSelain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Umno pula membalas dengan juga mengadakan protes besar-besaran yang diketuai oleh ketua pemudanya ketika itu, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Baru, beberapa hari sebelum tangkapan beramai-ramai dibuat.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155845

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...