Saturday, February 12, 2011

Dia hanya harapkan pengunduran secara terhormat: Israel

BAITULMAQDIS: Seorang bekas menteri Kabinet Israel berkata, Presiden Hosni Mubarak memang sedar dia mesti berundur dan cuba mencari jalan supaya proses itu tidak mengaibkannya.

Bekas Menteri Pertahanan Israel, Binyamin Ben-Eliezer, berkata dia bercakap dengan Hosni malam kelmarin sejurus sebelum tokoh diktator itu membuat ucapan memindahkan sebahagian kuasanya kepada naibnya.


Dikenali sebagai sahabat Hosni, Binyamin berkata, satu-satunya yang diperlukan pemimpin Mesir itu adalah pengunduran yang tidak menjejaskan maruahnya.

“Dia mahu berundur secara terhormat,” katanya.


Bercakap kepada Radio Tentera Israel, Ben Eliezer berkata, Hosni sedar kekuasaannya kini berakhir.


Seorang lagi bekas Menteri Pertahanan, Shaul Mofaz, menyokong kenyataan Ben-Eliezer.

“Hosni tak mahu turun secara hina,” katanya. - AP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Diahanyaharapkanpengunduransecaraterhormat_Israel/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...