Kapal tempur RM6 bilion: SPRM tunggu laporan Pua
Feb 11, 11 9:12pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menunggu laporan daripada Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung dakwaannya bahawa kerajaan berbelanja lebih dalam pembelian enam buah Kapal Tempur Pesisir atau Littoral Combat Ship (LCS).
Malaysiakini baru-baru ini, melaporkan Pua sebagai berkata kerajaan berbelanja 870 peratus lebih mahal daripada kos yang dikeluarkan oleh negara lain dengan meluluskan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam buah LCS itu.
"Kami memerlukan fakta yang terang dan asas bagi melakukan sesuatu siasatan ke atas apa saja dakwaan termasuk daripada Tony Pua,” kata satu sumber SPRM kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, SPRM mengalu-alukan ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu tampil memberi fakta dan asas-asas dakwaan yang dibuat supaya SPRM dapat menjalankan siasatan menjurus kepada dakwaan dengan jelas.
"SPRM tidak boleh membuat siasatan atas dakwaan yang liar dan tidak ada asas,” kata sumber itu, dan menambah kata dakwaan yang tidak jelas hanya akan menjadi 'tohmahan' semata-mata.
"Janganlah biarkan kami (SPRM) seperti tercari-cari sebatang jarum di atas padang rumput yang luas,” katanya.
Sumber itu berkata, sekiranya Pua tidak tampil, SPRM akan cuba menghubungi wakil rakyat DAP itu bagi mendapatkan fakta sahih untuk membuka kertas siasatan.
"Untuk mendapatkan fakta dan lihat ada asas untuk lakukan sesuatu siasatan, SPRM akan cuba menghubungi YB Pua sekiranya beliau tidak tampil,” katanya.
- Bernama

http://malaysiakini.com/news/155814
No comments:
Post a Comment