Seorang penduduk Kampung Kinabutan, Azman Abdul Rahim, 39, berkata beliau melihat ramai penduduk yang keluar dari rumah masing-masing sebaik sahaja menonton siaran berita TV1 berkaitan gempa berkenaan.
"Keadaan panik di kalangan penduduk berlaku antara jam 11.30 malam dan 12 tengah malam. Bagaimanapun, saya melihat keadaan air laut pada waktu itu masih tenang," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Azman berkata dia bersama 10 anggota keluarganya tidak terus terpengaruh dengan berita itu, sebaliknya terus menonton televisyen bagi mengikuti perkembangan terbaru.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata anggota polis diarahkan supaya bersiap sedia selepas mendengar siaran berita berkenaan.
Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada jam 10.42 malam di latitud 4.0 Utara dan longitud 123.2 Timur iaitu 543km di Tenggara Kunak, Sabah.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/155773
No comments:
Post a Comment