Saturday, February 12, 2011

Yusuf Subrata mahu rumah tangga terus berkekalan

JAKARTA: Yusuf Subrata, suami Cut Tari bertekad mahu menjaga keutuhan rumah tangga mereka.

Dia yang memaafkan perbuatan isterinya yang terbabit dalam skandal video lucah bersama Ariel ‘Peterpan’ berkata, dia yakin rumah tangganya mempunyai masa depan.


Kerana itu, katanya, dia menjaga rumah tangganya itu dengan sepenuh hati.

“Saya akan memastikan kami mempunyai masa depan. Keluarga kami, anak kami, itu yang perlu saya jaga,” katanya ketika ditemui wartawan di Jakarta, semalam. Menurut Yusuf dia bukan lelaki yang akan lari daripada masalah. “Sebagai manusia yang berakal, saya akan bertanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.


Dalam pada itu, menurut Yusuf, Cut yang sudah sekian lama tidak aktif dalam dunia selebriti, kini hanya mengurus keluarganya.


“Bukan dia tidak mahu kembali muncul di televisyen, tetapi masanya belum tiba walaupun beberapa tawaran sudah diterima. “Segala keputusan yang akan diambil Cut perlu membabitkan keluarga. Dia masih menimbang beberapa tawaran,” kata Yusuf. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/YusufSubratamahurumahtanggaterusberkekalan/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...