Saturday, February 12, 2011

Majlis Tentera wajar kembalikan kuasa rakyat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa daripada Presiden Hosni Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat.

“Tahniah rakyat Mesir! Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan,” tulis beliau di dalam blognya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka.

Mereka, ujarnya dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi.

“Saya berharap pengorbanan rakyat Mesir tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

“Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30821:majlis-tentera-wajar-kembalikan-kuasa-rakyat&catid=1:utama&Itemid=50

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...