Saturday, February 12, 2011

Kucing mirip muka Voldemort



LONDON - Seekor kucing mempunyai muka mirip seorang watak jahat dalam sebuah filem blokbuster antarabangsa, Harry Potter sukar diterima kerana rupanya yang aneh.

Charlie, 14, seekor kucing bulu pendek warna putih, sukar mendapat rumah baru dan diterima orang ramai kerana memiliki muka mirip musuh utama Harry Potter, Lord Voldemort lakonan Ralph Fiennes.

Pekerja di pusat badan kebajikan haiwan, Blue Cross mengatakan, pengunjung sering ketakutan dengan rupa Charlie yang aneh itu.

Ini kerana kedua telinga dan hidung Charlie terpaksa dipotong akibat menghidap penyakit barah kulit.

Penolong Blue Cross, Marie Loveridge berkata, Charlie merupakan seekor kucing liar sebelum ia dibela oleh seorang wanita dan membawanya ke hospital haiwan untuk dibedah.

"Wanita itu terpaksa menyerahkan Charlie kepada kami kerana ia sering kali bergaduh dengan haiwan peliharaan lain miliknya," katanya.

Menurutnya, walaupun orang ramai melihatnya agak aneh selepas telinga dan hidungnya dipotong, Charlie adalah seekor kucing yang mudah disayangi, suka bermain-main dan sukakan perhatian.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8746184.asp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...