KAHERAH: Bantahan pekerja merebak di Mesir semalam apabila pemandu bas dan pekerja pengangkutan awam lain melancarkan mogok ketika tunjuk perasaan secara besar-besaran menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur telah mencetuskan kemarahan rakyat terhadap jurang perbezaan ekonomi yang wujud di negara itu.
Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi Medan Tahrir pada hari ke-17 sambil berikrar tidak akan berundur sehingga pemimpin negara itu meletakkan jawatan walaupun kerajaan cuba untuk bertolak ansur.
Penganjur merancang satu lagi tunjuk perasaan secara besar-besaran esok (hari ini) dengan harapan mengulangi demonstrasi semalam yang menarik satu perempat juta rakyat untuk berhimpun dan menyokong pergerakan itu.
Khaled Abdel-Hamid yang bercakap bagi pihak penunjuk perasaan berkata, mereka mahu rakyat Mesir berhimpun di enam lokasi utama di Kaherah dan dari situ mereka akan berjalan menuju ke Medan Tahrir yang menjadi lokasi utama penunjuk perasaan. - AP
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemandubas_pengangkutanawamikutmogok/Article/index_html
No comments:
Post a Comment