Akhbar palsu: K'jaan negeri tuntut tindakan
S Pathmawathy
Feb 22, 11
1:46pm
Feb 22, 11
1:46pm
Kerajaan negeri Selangor hari ini mendesak pihak polis memperhebatkan lagi siasatan berhubung penerbitan 'Selangor Terkini' yang menggunakan lambang negeri tanpa kebenaran.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata penerbitan tabloid itu juga dianggap satu bentuk 'penderhakaan' kerana memamparkan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharaffudin Idris Shah pada halaman utamanya.
"Kami membuat laporan polis berhubung penerbitan itu di ibu pejabat polis Shah Alam pada 17 januari lalu tetapi sehingga hari ini tiada menerima sebarang maklumat berhubung siasatan mereka,” katanya.
Menurut Faekah, semakan dengan Kementerian Dalam Negeri yang mengawal perlesenan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) menunjukkan tiada lesen yang dikeluarkan kepada penerbit akhbar berkenaan.
Kerajaan negeri juga tidak pasti jumlah penerbitan yang telah dicetak ataupun bila ia bermula.
"Kami hanya memperolehi tiga edisi dalam simpanan bermula Januari dan Februari tetapi tidak pasti kekerapan penerbitan itu,” kata Faekah.
Faekah berkata kerajaan negeri selama ini sentiasa mengesyaki BN dan Umno menjadi dalang dalam menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini'.
Katanya, perasaan curiga mereka diperkuatkan apabila penerbitan itu diedarkan pada satu majlis meraikan sambutan Maulidur Rasul di Kuang Sabtu lalu yang dianjurkan oleh ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus.
Akhbar berkenaan diedarkan secara percuma bersama kalender 2011 yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Syukur sebelum ini menafikan terlibat dalam penerbitan akhbar itu.
Faekah juga mengesa polis menyiasat segera perkara ini kerana tindakan pihak yang menerbitkan akhbar ini jelas melanggar undang-undang apabila menggunakan lambang kerajaan negeri dan gambar Sultan Selangor.
Pihak kerajaan negeri juga bersedia menyediakan penyiasat persendirian bagi membantu polis menyiasat perkara ini.

http://malaysiakini.com/news/156706
No comments:
Post a Comment