Wednesday, February 23, 2011

Gaddafi janji bunuh ribuan penentangnya

Posted by admin on February 23rd, 2011


Presiden Libya, Muammar Gaddafi (gambar terbaru) yang sudah memerintah hampir 42 tahun hari ini memerintahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang cuba menggugat pemerintahannya dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.

Pada ucapannya di televisyen hari ini, Gaddafi menegaskan beliau akan terus kekal sebagai presiden Libya dan bersedia mati syahid bagi mempertahankan negaranya.

Sambil mendakwa pemerintahnnya juga disokong oleh rakyat, beliau mengarahkan polis dan tentera menghancurkan rakyat yang kian ramai berdemonstrasi. Setakat ini, angka korban meningkat kepada ratusan nyawa sejak lapan hari lalu.

Gaddafi memberi amaran bahawa pihak keselamatan akan menyelongkar dan menjejaki pemberontak ke ’setiap rumah dan setiap inci ruang’ agar mereka menyerah diri atau berdepan dengan maut.

Beberapa jam kemudian, kerajaan Libya buat pertama kali mengeluarkan angka korban akibat kekacauan yang melanda di seluruh negara iaitu 300 terkorban iaitu 189 orang awam dan 111 lagi askar.

Jumlah kematian yang tertinggi ialah di Bandar Benghazi, yang terletak di timur negara itu yang membabitkan tercetusnya penentangan terbesar, kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Libya.

Di Benghazi, 104 orang awam terbunuh manakala 10 lagi askar.

Menurut maklumat terbaru, dilaporkan beberapa ulama terkemuka dunia di Libya, Maghribi, Mesir dan Jordan akan berbincang bagi mengeluarkan fatwa untuk menghalalkan pembunuhan Gaddafi di atas tindakan Gaddafi menggunakan kekuatan tentera, polis dan polis upahan Afrika untuk membunuh rakyat sendiri semata-mata untuk mengekalkan kuasa beliau dan anak-anak beliau yang mempunyai kedudukan di dalam politik dan ekonomi negara itu.

Sementara itu, Liga Arab dilaporkan akan menyingkirkan Libya dari pertubuhan tersebut hari ini. Di dalam ucapan berapinya pagi tadi memberi tekanan kepada penentangnya yang didakwanya sebagai ‘pemabuk’ dan ‘penagih dadah’ serta menyeru semua penyokongnya turun ke jalan raya bagi menentang mereka. Sekali lagi, Gaddafi menuduh Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah sebagai punca kepada ketegangan ini.

– AFP


http://www.kl-today.com/?p=13565

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...