Wednesday, February 23, 2011

'Rampasan' tanah NCR dibentangkan di parlimen

'Rampasan' tanah NCR dibentangkan di parlimen
Aidila Razak
Feb 22, 11
11:47am

Kes dakwaan rampasan tanah oleh sebuah syarikat yang dikaitkan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan ditimbulkan pada sesi baru parlimen yang akan bersidang pada 7 Mac ini.

NONEMenurut ahli parlimen Batu, Tian Chua, beliau akan menimbulkan isu tersebut dan berhubungan dengan pemimpin dan ahli parlimen Pakatan Rakyat dari Sarawak untuk mendapatkan pandangan mereka bagi mengketengahkan isu tersebut.

"Ada kecenderungan, ahli parlimen Sarawak mendakwa mereka lebih arif mengenai hal-hal Sarawak, jadi saya akan berbincang dengan MP Pakatan dari Sarawak mengenai mereka juga menimbulkan isu berkenaan," katanya.

Tanah yang menjadi pertikaian sebagai tanah adat pribumi yang didakwa dirampas oleh Borsarmulu Sdn Bhd, yang kini membangunkannya sebagai Royal Mulu Resort di Mulu.

NONESebuah laporan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan salah guna kuasa dan percanggahan kepentingan oleh Taib.

"Projek ini akan disebutkan secara khusus, tetapi masalah yang akan dibangkitkan bersama ... iaitu hak ke atas tanah adat, kerana ia adalah isu utama di Sarawak," kata Chua.

"Mungkin ada yang akan berhujah bahawa tahan adalah tanggungjawab kerajaan negeri tetapi perlembagaan meletakkan kerajaan persekutuan bertanggungjawab melindungi hak-hak pribumi selaras dengan Perkara 153."

Menurut Perkara 153: "Adalah menjadi tanggung jawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak serta kepentingan yang sah kaum-kaum yang lain."

baram residents demoSabtu lalu, Chua telah bertemu dengan 30 wakil masyarakat pribumi dari Sarawak, termasuk mereka yang mendakwa terjejas dengan projek Royal Mulu Resort.

Kumpulan penduduk itu ke Kuala Lumpur Jumaat lalu, bagi meraih simpati dan menyebarkan berita tentang kehidupan mereka yang terjejas akibat pembinaan empangan di Baram.

Selain berdemonstrasi di Bukit Bintang dan Pasar Seni di Kuala Lumpur serta di Putrajaya, mereka juga menyebarkan risalah bagi menerangkan kepada orang ramai cerita di pihak mereka.

NONE"Kami datang dari kawasan pedalaman ke Kuala Lumpur untuk memberitahu orang tentang masalah kami, supaya (pemimpin-pemimpin kerajaan) tidak akan dapat mendakwa bahawa segala-galanya adalah okay di Sarawak," kata perwakilan kumpulan itu, Willie Kajan.

Kumpulan ini dianggotai oleh perwakilan masyarakat Penan, Mendung, Iban, Orang Ulu dan Dayak. Perwakilan yang tertua berusia 80 tahun.

http://malaysiakini.com/news/156668

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...