Wednesday, February 23, 2011

Laman web anti-Taib dikendali ipar bekas PM UK

Laman web anti-Taib dikendali ipar bekas PM UK
Feb 23, 11 4:20pm

Sebuah akhbar harian Britain mendedahkan bahawa adik ipar bekas perdana menteri Britain, Gordon Brown - Clare Rewcastle Brown - adalah orang di sebalik lamanweb Sarawak Report, dan dan stesen radio bebas - Radio Free Sarawak.

Lamanweb tersebut menumpukan kepada pendedahan mengenai dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan empayar perniagaannya di peringkat global.

NONEClare Rewcastle Brown (kiri) dan rakan setugasnya, Peter John Jaban, seorang Dayak Sarawak yang mengendalikan siaran radio
tersebut, memutuskan untuk tampil kehadapan kerana bimbangkan keselamatan mereka selepas Sarawak Report menerima ancaman bunuh, manakala bekas pekerja Taib, yang mendedahkan maklumat, dijumpai mati Oktober lalu.


Menurut tabloid London Evening Standard, Rewcastle Brown menubuhkan stesen radio itu empat bulan lalu dan mengambil Jaban bekerja di situ untuk mengendalikan siaran dari London di bawah nama pena 'Papa Orang Utan'.

Rewcastle Brown, 51, seorang wartawan penyiasat yang memulakan kerjayanya dengan BBC World Service pada 1983, berkahwin dengan adik Brown - Andrew - yang juga bekas wartawan dan sekarang seorang ahli strategi media.

Clare Rewcastle, yang dilahirkan di Sarawak sebelum bekas tanah jajahan Inggeris itu diserahkan kepada Malaysia, tinggal di kawasan tersebut sehingga berusia lapan tahun, lapor harian tersebut.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/156830

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...