Wednesday, February 23, 2011

Lim: Koh Tsu Koon tak layak jadi menteri

Salhan K Ahmad
Feb 23, 11
4:02pm

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Tan Sri Koh Tsu Koon tidak layak dilantik sebagai menteri di jabatan perdana menteri yang dipertanggung jawab menjaga isu perpaduan rakyat kerana bersikap hipokrit dalam isu penubuhan portfolio hal ehwal bukan Islam.

lim guan eng koh tsu koon"Saya rasa dia tak layak dilantik jadi menteri perpaduan tapi menteri perpecahan rakyat," kata Lim dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya, Koh tidak membangkitkan perkara itu ketika kerajaan pimpinan BN di Perak melakukan tindakan yang sama pada 2009.

"Apa yang menggelikan hati adalah permainan sandiwara dua muka kerana (BN) juga tubuhkan porfolio sama.”

Dalam pada itu beliau turut menyeru Koh supaya menarik balik kenyataannya berhubung penubuhan portfolio berkenaan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Lim juga membidas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Mukhriz Mahathir kerana mendakwa penubuhan portfolio baru itu taktik DAP untuk menarik undi rakyat.

"Mengapa bila ini ditubuhkan, kenapa tidak disebut Mukhriz sebagai hina Islam. Dia tubuh pada 2009, kita buat pada 2001. Kenapa masa itu tidak kecam?"

"Mereka main politik perkauman hingga apa yang mereka buat sendiri pun sudah lupa," kata Lim lagi sambil duduk.

Akhbar Utusan Malaysia turut menerima kecaman Lim berhubung isu sama.

"Utusan tidak kritik Zambry (dalam isu ini). Saya tak tahulah kalau orang Islam kata ini sikap munafik.

"Tapi itu terpulanglah untuk ulamak tentukan," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/156825

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...