Wednesday, February 23, 2011

Merlimau: SPR beri sedikit kelonggaran

Merlimau: SPR beri sedikit kelonggaran
Feb 23, 11 4:54pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi sedikit kelonggaran kepada parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi memastikan proses itu bebas dari unsur negatif.

merlimau, melaka townTimbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara kelonggaran itu ialah membenarkan parti PAS mencetak gambar pemimpin parti rakan sekutu mereka pada bahan kempen.

SPR mahu menguatkuasakan peraturan pilihan raya secara mesra pengguna dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak, katanya kepada pemberita, di Jasin hari ini.

Pada masa yang sama, Wan Ahmad turut meminta semua pihak agar mematuhi peraturan pilihan raya dan arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata sebanyak RM900,000 dipohon bagi SPR melaksanakan pilihan raya kecil DUN Merlimau tersebut.

Kerusi DUN itu kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari Barisan Nasional meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

SPR menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pula pada 6 Mac jika ada pertandingan.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/156839

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...