"Laporan tersebut juga tidak tepat kerana menyebut kuota perumahan Bumiputera di Selangor adalah 30 peratus.
"Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus," katanya.
Jelas beliau, berita yang tersiar pada 21 Februari itu hakikatnya tidak tepat apabila hanya menyebut koata perumahan di Selangor adalah 30 peratus.
Dalam kenyataan hari ini, Iskandar berkata, melalui beberapa siri perbincangan, pihaknya telah meminta penjelasan daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) berhubung permintaan pelepasan kuota secara automatik yang dibangkitkan.
"Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri setakat ini belum lagi membuat sebarang keputusan tentang "automatic release" yang diminta oleh REHDA," katanya.
"Kerajaan negeri telah hanya menubuhkan sebuah syarikat, (iaitu) Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor, untuk membantu pemaju memasarkan hartanah di bawah kuota Bumiputera," jelasnya lagi.
Menurut Iskandar, penubuhan syarikat itu bertujuan untuk meringankan beban pemaju di samping memastikan pemilikan hartanah oleh masyarakat Bumiputera terus terbela.
Justeru, beliau menggesa semua pihak supaya tidak terpedaya dengan taktik Umno-BN yang menggunakan media milik mereka untuk mengaburi mata rakyat.
"Umno sentiasa memainkan sentimen perkauman di dalam setiap isu tetapi sebenarnya bersifat hipokrit.
"Contohnya di dalam isu kuota perumahan Bumiputera, Umno berkokok kononnya mahu mempertahankan kuota ini tetapi di dalam masa yang sama pemaju-pemaju Umno juga adalah di antara yang kerap mempertikaikan kuota tersebut," katanya.
http://malaysiakini.com/news/156732
No comments:
Post a Comment