Monday, September 29, 2008

Mi Rebus Che Ani



Ramuan:

125 ml minyak masak
15 ulas bawang merah, dikisar halus
2cm halia
6 ulas bawang putih, dikisar halus
5 bungkus kecil rempah kari daging
Air secukupnya
1kg daging lembu (dicampur dengan sedikit lemak dan tulang jika ada)
4 sudu besar taucheo
4 biji buah tomato masak ranum
4cm lengkuas, diketuk (untuk diambil baunya)
2kg keledek merah, direbus dan dilecek lumat
gula dan garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan bawang putih. Masak sampai kuning dan wangi dengan api yang sederhana. Masukkan rempah kari yang terlebih dahulu digaulkan dengan sedikit air bersama daging yang dipotong kecil. Masak selama 10 minit sampai rempahnya wangi. Masukkan taucheo, air secukupnya, buah tomato dan lengkuas. Didihkan selama 30 minit sehingga daging empuk. Masukkan keledek yang dilecek, gula dan garam dan dimasak selama 20 minit lagi. Masukkan kacang tumbuk ke dalam kuah dan sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuah jika perlu.

Bahan-bahan yang dihidangkan bersama mi:

3 kg mi kuning
250g tauge dicelur
4 keping tauhu, digoreng dan didadu kecil
4 biji telur rebus
6 tangkai daun sup, dihiris halus
6 tangkai daun bawang dihiris halus
1 cawan bawang goreng
10 biji limau kasturi
6 biji cili hijau/merah dihiris nipis

Nota:

1. Jika inginkan kuahnya pedas, masukkan dua sudu besar cili boh semasa menggoreng rempah kari.
2. Daging boleh digantikan dengan 2 kg udang basah dan dimasukkan sedikit udang kering yang ditumbuk untuk menyedapkan lagi kuahnya.
3. Keledek merah boleh digantikan dengan kentang atau campuran separuh kentang degan separuh keledek lecek

http://sites.thestar.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...