Sunday, November 14, 2010

Banjir di Kedah makin pulih

ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila seramai 1,903 orang daripada 553 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata, daripada jumlah itu seramai 142 orang membabitkan 36 keluarga adalah mangsa banjir di daerah Kota Setar, manakala di Kubang Pasu pula seramai 1,761 orang membabitkan 517 keluarga.


Beliau berkata, sembilan pusat pemindahan masih beroperasi dengan dua di Kota Setar manakala tujuh lagi di daerah Kubang Pasu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BanjirdiKedahmakinpulih/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...