Undi pos: Pemuda PAS masih percaya demo | |||||
Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. "Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian? "Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring. Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Datuk Ambiga Sreenevasan. Pada 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamatnya. Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhaizan bagaimanapun berkata, jika SPR berminat mendapatkan pandangan Pemuda PAS, mereka bersedia menemui pengarahnya Tan Sri Abdul Aziz Yusuf. Pertemuan itu, katanya, sudah pasti digunakan bagi 'menuntut janji' Abdul Aziz bagi melakukan penambahbaikan sistem undi pos yang selama ini dianggap pembangkang sebagai "deposit tetap" BN. Pemuda PAS dilihat serius mahu mengadakan satu lagi perhimpunan pada 2011 kerana "kerajaan tidak ada kecenderungan untuk memenuhi tuntutan gabungan itu". Cadangan itu diluluskan sebulat suara dalam muktamar agung tahunnya di Kota Bharu pada 10 Jun lalu. http://malaysiakini.com/news/148043 |
No comments:
Post a Comment