Sunday, November 14, 2010

Polis tembak mati tiga anggota Geng Minyak



SHAH ALAM – Tiga remaja dipercayai anggota Geng Minyak ditembak mati di Jalan Kerjaya, Glenmarie, sejurus selepas menyamun sebuah stesen minyak di U1/1, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu, semua mereka ditembak sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kira-kira dua kilometer dari stesen minyak terbabit.

Tiga suspek itu dikenali sebagai Mohd Khairul Nizam Tuah, 20, Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Muhamad Hanafi Omar, 22.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, sepasukan polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan sekitar terserempak dengan suspek yang baru selesai menyamun sebuah stesen minyak.

“Anggota peronda bertindak mengejar kereta Proton Waja yang dinaiki suspek terbabit sebelum kenderaan polis dilanggar dan suspek terbabas ke kiri jalan.

“Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menye�rang polis menyebabkan anggota tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan semua mereka maut di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Turut berada di tempat kejadian, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin dan Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mammah.

Difahamkan, semua suspek berasal dari Cheras dan sebulan lalu, geng itu disyaki terbabit kejadian samun stesen minyak di Monteres dan Bukit Subang, dan Glenmarie.

Katanya, polis juga menemui dua mesin tunai dipercayai milik stesen minyak itu.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8401858.asp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...