Salim Al Makmun, 28, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.35 pagi ketika dia bersama rakannya, Mohd Rafiqul Islam, 25 sedang tidur dalam stesen minyak terbabit.
“Kami berdua terjaga apabila dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat akibat kaca pecah berderai.
“Rakan saya kemudian lari dan mengunci pintu di dalam stor manakala saya tidak sempat berbuat apa-apa selepas dikepung dua lelaki bertopeng dan diugut bunuh menyebabkan saya menggeletar sambil menangis,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, semua penjenayah terbabit bagaimanapun berjaya ditembak mati polis di Jalan Kerjaya di sini, sejurus selesai melakukan samun berkenaan.
Salim mendakwa semua penjenayah itu memecahkan cermin kedai menggunakan tukul sebelum masuk ke dalam stesen minyak itu.
“Mereka berparang dan dua daripadanya bertopeng dan seorang lagi memakai topi keledar.
“Dalam sekelip mata mereka ambil semua barang berharga dalam kedai itu dan saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang diapa-apakan,” katanya yang bekerja di stesen itu sejak dua tahun lalu.
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8401865.asp
No comments:
Post a Comment