TAIPEI - Bekas pemain tenis No.1 dunia, Andre Agassi, 41, menunjukkan gambar bogel isterinya, Steffi Graff, 42, yang juga bekas bintang tenis kepada seorang pembida lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.
Agassi menunjukkan gambar bogel isterinya itu menerusi telefon bimbit miliknya selepas pembida tersebut membida sebuah plat yang mempunyai tandatangan pada harga lebih AS$4,000 (RM12,272) dalam satu majlis lelongannya pada Khamis lalu.
Majlis itu adalah antara aktiviti Agassi yang berada di Taiwan selama enam hari.
Sebelum dia menunjukkan gambar itu bintang tenis tersebut berkata: "Jika anda membida lebih AS$4,000 bagi bagi plat itu, saya akan menunjukkan satu gambar isteri saya menerusi telefon dalam keadaan bogel."
Seorang lelaki tempatan berjaya membida plat tersebut pada harga yang ditetapkan itu.
Dia kemudian diberi peluang oleh Agassi untuk melihat gambar bogel isterinya.
"Wow!" kata lelaki itu apabila melihat gambar bogel tersebut.
Setakat ini tidak diketahui sama ada Graff mengetahui tindakan suaminya itu.
Agassi berkahwin dengan Graff yang merupakan bekas pemain tenis nombor satu Jerman pada Oktober 2001 dan mereka dikurniakan dua orang anak. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm
No comments:
Post a Comment