Monday, January 10, 2011

Naik dua kali ganda

Naik dua kali ganda


JOHOR BAHRU - Lonjakan harga bawang naik secara mendadak membimbangkan pembeli berikutan kenaikan harga minyak dan getah di pasaran.

Kebanyakan harga bawang di pasaran naik dua kali ganda dari harga sebelumnya selepas tinjauan Sinar Harian ke atas sebuah pasar raya di Tampoi yang menjual barangan keperluan kepada orang ramai, kelmarin.

Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan Pengguna Bumiputera Negeri Johor, Amin Samad, kenaikan harga barang secara mendadak agak membimbangkan kerana ia merupakan barangan keperluan harian.

“Namun, tindakan pemborong mengimport bawang dari luar negara seperti India atau Indonesia sebenarnya membawa masalah kepada negara kita.

“Ia patut dikurangkan kerana jika negara tersebut mengalami masalah negara atau bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya risiko kekurangan bekalan makanan akan memberi impak besar kepada rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8600581.asp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...