Monday, January 10, 2011

Ibu suspek serang ibu mangsa

AMPANG: Usia baru mencecah 14 dan 10 tahun, namun gelaran ‘setan kecil’ layak diberikan buat mereka apabila merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ketika itu mahu membuang air kecil di sebuah restoran berhampiran sebuah pasar raya di Jalan Memanda 5, di sini.

Dalam kejadian jam 10 malam Selasa lalu itu, mangsa ketika itu menemani ibunya yang berniaga berhampiran pasar raya berkenaan sebelum dia meminta izin untuk membuang air kecil.


Bagaimanapun, selepas beberapa lama menunggu, anak perempuannya itu tidak kembali sehingga ibunya menerima panggilan mangsa yang meminta dia mengambilnya berhampiran telefon awam berdekatan pasar raya berkenaan.

Menurut sumber polis, si ibu pergi ke lokasi berkenaan dan terkejut apabila mendapati anaknya menangis teresak-esak sebelum dia menceritakan kejadian terbabit.


“Anaknya memberitahu ketika dia dalam perjalanan ke tandas dua remaja terbabit mengekorinya, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka saling mengenali.


“Bagaimanapun, mereka membawa mangsa ke sebuah lorong belakang bangunan berhampiran sebelum mereka memaksa mangsa membuka seluar,” katanya.

Menurutnya, mereka merogol mangsa berikutan lorong itu sunyi sebelum meninggalkannya berseorangan.


“Mangsa menghubungi ibunya sebelum wanita itu membawa mangsa pulang selepas mendengar ceritanya.

“Wanita yang mengenali keluarga seorang daripada remaja lelaki terbabit menghubungi ibunya untuk berbincang dan diajak berjumpa keesokannya,” katanya.


Menurutnya, ketika berbincang, ibu mangsa dipukul ibu seorang daripada suspek kerana mendakwa wanita berkenaan membuat cerita palsu.


“Berikutan itu, ibu mangsa cedera di mulut akibat dipukul dengan tangan dan ibu suspek mencabarnya membuat laporan polis.


“Ibu mangsa membuat laporan polis dan membawa mangsa melakukan pemeriksaan di hospital,” katanya.


Menurutnya, dua remaja terbabit ditahan dan polis sudah mengambil keterangan mereka, namun kes itu akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya. Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan ibu mangsa dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibususpekserangibumangsa/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...