Monday, January 10, 2011

Pelancong Palestin kerugian RM5,000 selepas bawa gadis ke bilik

KUALA LUMPUR: Senyuman nakal dan tubuh menggoda dijadikan modal seorang wanita untuk memperdaya pelancong asing supaya membawanya pulang ke bilik hotel didiami bagi melakukan seks sebelum dirompak.

Gadis berusia 20-an terbabit yang berpeleseran di pusat hiburan dan kononnya sanggup ditiduri secara percuma dikesan bijak menggunakan kesempatan atas sikap tidak berwaspada mangsa untuk melakukan jenayah berkenaan.

Difahamkan, mangsa biasanya akan diberikan layanan istimewa suspek sehingga keletihan dan tidur mati bagi membolehkan gadis itu melarikan barang mangsa tanpa disedari.

Sumber polis berkata, dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang pelancong dari Palestin, 30-an, menjadi mangsa apabila digoda suspek yang baru dikenalinya di sebuah pusat hiburan di ibu kota.

Berdasarkan laporan, mangsa membawa pulang gadis terbabit ke hotel didiami di Jalan Raja Laut di sini, kira-kira jam 1 pagi. “Mangsa dan suspek dikatakan melakukan seks menyebabkan dia keletihan dan tertidur. Apabila tersedar, mangsa terkejut mendapati gadis terbabit hilang,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian memeriksa beg pakaiannya dan mendapati wang, telefon bimbit, kamera dan pasport antarabangsa miliknya lesap. Mangsa yang kerugian kira-kira RM5,000 kemudian segera ke Balai Polis Dang Wangi.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PelancongPalestinkerugianRM5_000selepasbawagadiskebilik/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...