Monday, January 10, 2011

Madonna mahu labur dalam kelab malam Tony Fernandez


Pemandangan dalam kelab malam Aura di Mayfair, London.


LONDON - Penyanyi terkenal Madonna mengadakan pertemuan dengan taikun Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandez pada Khamis lalu di Mayfair, London, lapor akhbar Daily Telegraph kelmarin.

Pertemuan itu dibuat bagi membincangkan kemungkinan Madonna, 52, melabur dalam rangkaian kelab malam milik Fernandez.

Akhbar Times of India melaporkan, Fernandez mengesahkan pertemuan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Fernandez, 46, merupakan pemegang saham majoriti dalam kumpulan kelab malam Aura selain pemilik syarikat tambang murah Air Asia.

Penyanyi lagu Hung Up itu pula merupakan pelanggan tetap kelab tersebut.

Kumpulan Aura memiliki beberapa pusat hiburan termasuk kelab malam Aura Mayfair di London.

Jika Madonna benar-benar terlibat dengan perniagaan kelab malam itu, dia akan menjadi saingan bekas suaminya, Guy Ritchie, 42, yang memiliki pub The Punchbowl.

"Madonna melihat ia (mahu menjadi pemilik saham itu) sebagai satu langkah semula jadi. Dia mempunyai rancangan yang besar," kata seorang pembantunya.

Sementara itu, Madonna dilihat keluar dengan seorang penari dari Perancis, Brahim Zaibat ke kelab malam tersebut.

Brahim yang berumur 24 tahun duduk bersama Madonna di ruang tempat duduk untuk orang kenamaan.

Penyanyi itu turut datang bersama dengan rombongannya yang terdiri daripada seorang deejay.

Seorang pengunjung berkata, Madonna kelihatan gembira semasa berbual dengan rakan-rakannya dan menari mengikut irama muzik. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...