There was an error in this gadget

Tuesday, September 13, 2011

K'jaan jamin tiada cukai 6% tanpa kelulusan kabinet

K'jaan jamin tiada cukai 6% tanpa kelulusan kabinet
Sep 12, 11 7:20am


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memberi jaminan caj cukai perkhidmatan enam peratus kepada pengguna perkhidmatan mudah alih prabayar tidak akan dilaksana selagi belum ada keputusan kerajaan.

ppp supreme council pc maytower 111208 maglin d cruzTimbalan Menteri berkenaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata syarikat telekomunikasi (telco) perlu berbincang dan mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan tindakan tersebut.

"Kementerian memberi jaminan bahawa tiada kenaikan akan berlaku pada masa terdekat ini, dan sebarang kenaikan hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan dari kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, malam tadi.

D'Cruz yang ditemui selepas majlis Malam Kebudayaan Onam 2011, diminta mengulas mengenai keputusan telco pada 8 Sept lepas untuk mengenakan caj tersebut bagi produk tambah nilai dan pek permulaan bermula Khamis ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga tidak terbabit langsung dengan keputusan telco tersebut.

umno general assembly bazaar 161106 hadhari mobile phoneD'Cruz turut menegaskan tindakan telco yang mengeluarkan notis singkat berhubung isu yang boleh membebankan pengguna sebagai tidak wajar.

Terdahulu pada majlis anjuran Persatuan Malayalee Selangor dan Wilayah Persekutuan itu, D'Cruz menyampaikan anugerah kepada enam individu atas sumbangan mereka terhadap komuniti Malayalee antaranya Rajan Nair, Datuk Dr Nirmala Menon, AC Pereira dan Prof Dr Aruna Gopinath.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/175496

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...